(TEASER) Jurnal Makanan: Mama Nasi Campur (Jalan Sungai Pinang)

Posted in Uncategorized on April 4, 2010 by mkamiltaufique

~TEASER~


Jurnal Makanan: Hameed ‘Pata’ Special Mee (medan makan Padang Kota Lama)

Posted in Uncategorized on April 3, 2010 by mkamiltaufique


Gerai Hameed ‘Pata’ Special Mee

Gera ini letaknya didalam medan makan Padang Kota Lama, berhadapan dengan kota Fort Cornwallis.. Gerai ini menjual dua jenis hidangan iaitu mee goreng sotong dan mee rebus sotong.. Hidangan yang paling terkenal untuk gerai ini adalah Mee Goreng sotong.. Hidangan mee goreng sotong gerai ini sangat terkenal sehingga telah beberapa kali di keluarkan artikel berkaitannya didalam akhbar..

Beberapa keratan akhbar yang ditampal dihadapan gerai

Seperti yang kita lihat pada gambar diatas, keratan-keratan akhbar yang berkaitan tentang gerai ini telah ditampal dihadapan gerai ini.. Setelah mendengar dari beberapa kenalan, maka aku pun terus menuju kearah gerai ini untuk mengetahui sendiri apakah yang sedap sangat dengan gerai ini. Melihat kepada persekitarannya, gerai ini tidaklah terlalu bersih dan kemas.. Tetapi kondisi gerai in masih boleh diterima untuk makan dengan selesa.. Sebenarnya terdapa banyak lagi gerai di medan makan ini, tetapi aku akan menumpukan kepada gerai mee goreng sotong ini dulu..

Mee Goreng Sotong

Okay.. Sekarang aku akan mulakan dengan mee goreng sotong.. Urm.. Apa yang special sangat tentang mee goreng sotong ini? Pertama sekali yang penting adalah, BAUnya yang amat menyelerakan.. Dari semasa sedang dimasak lagi sudah boleh menyebabkan pelanggan seperti saya terliur.. Fuhhh.. Memang lah tak boleh tahan.. Sungguh beraroma.. Kemudian kita lihat pula kepada persembahan hidangannya.. Mee goreng ini dihidangkan diatas pinggan besi yang mengingatkan saya kepada tradisi tulin masyarakat india.. Memang old skool abes lah.. Hidangan mee goreng sotong ini merupakan hidangan mee goreng yang diletakkan diatasnya sambal sotong.. Tapi harus diingatkan, ini bukannya sotong yang seekor-seekor tu, tapi ini merupakan sotong yang dipotong-potong.. Sotong hiris.. Sambal sotong ini memang sangat sedap bagi saya, lagi-lagi jika kita menggaulkannya bersama mee goreng tersebut.. hidangan turut disertakan bersama dengan potongan limau dan telur rebus separuh.. Rasa mee gorengnya memang sedap jika nak dibandingkan dengan mee goreng mamak yang lain.. Isi mee nya pula cukup rasa dan tak kedekut telur.. Anda semua patut mencuba hidangan ini!!!

Coconut Milkshake

Uih.. Bile da makan dengan sedap, takkan takde air kan?? Haa.. Bersebelahan dengan gerai Hameed ini terdapat sebuah gerai yang menjual air.. Tapi disini anda jangan mintak air-air bancuh kerana gerai ini memang special dengan ais kacang dan air kelapanya.. Huhuhu.. Kehangatan mee goreng sotong mula terasa, jadi apakata jika kita order minuman coconut milkshake dari gerai Jalil Special Ais Kacang.. Pergh.. Memang best!! Rasa air kelapa bersama ais krim vanilla nya memang masuk dan sangat sedap sehingga aku pun tambah dua kali.. Perghh~

Gerai Jalil Special Ice Kacang

Gerai diatas merupakan gerai Jalil Special Ice Kacang yang terletak bersebelahan dengan Hameed ‘Pata’ Special Mee.. Anda WAJIB untuk menikmati air coconut milk shake dari gerai ini.. Selain daripada mee goreng sotong, gerai Hameed ‘Pata’ Special Mee juga turut menghidangkan mee rebus sotong..

Mee Rebus Sotong

Ini adalah hidangan terakhir yang saya nikmati digerai ini setelah hidangan pertama tadi.. Ya.. Saya makan dua-dua hidangan sekali.. Hehehe.. Tetapi sayangnya, hidangan kedua ini tidak mampu untuk menandingi kesedapan hidangan mee goreng sotong tadi.. Rasa mee dan sotong itu telah kurang sedikit kerana telah bercampur dengan kuah mee rebus.. Namun begitu, rasanya tidaklah teruk sangat cuma hanya kurang sedap berbanding versi mee goreng.. Jika anda sudah mencuba mee goreng sotong Hameed ‘Pata’ Special Mee, anda harus pula mencuba mee rebus sotong ini.

Komen:

Harga yang murah dan masakan yang sedap serta menarik

Hanya dua jenis hidangan sahaja yang boleh diperoleh disini. Kepada yang berminat untuk hidangan lain sila kunjungi gerai yang lain

Gerai terletak jauh sedikit kedalam berhadapan dengan kota Fort Cornwallis, kena berjalan sedikit

Gerai sedikit kotor dan sempit

Minuman juga tidak banyak pilihan

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

Jurnal Makanan: Hakim Tom Yam (Gelugor)

Posted in Uncategorized on April 3, 2010 by mkamiltaufique

Tak jauh dari Kampung Ku sebenarnya ada sebuah lagi restoran yang kerap menjadi tumpuan pelajar2 dan penduduk Penang.. Nama restoran ini adalah Hakim Tom Yam.. Restoran ini berdekatan dengan restoran Kampung Ku dimana ianya sering dijadikan sebagai alternatif kepada mereak yang tak nak makan di Kampung Ku..

hakim tom yam (6)hakim tom yam (7)

hakim tom yam

Restoran ini menyediakan juadah yang agak tipikal la dengan restoran yang sebegini, lagi2 kalau ada perkataan ‘TOM YAM’ di belakang tu… Memang sah2 goreng2 dan sup2 tom yam.. Hehehe.. Bagi mereka yang tak tau, restoran ini antar pilihan aku bila da tak berapa nak ada duet.. Hehehe.. Dan antara Kampung Ku dan Hakim Tom Yam ni, daripada 100%, aku akan 70% lebeyh ke arah Hakim Tom Yam.. Kenapa? Sebab bagi aku, juadah yang disediakan agak istimewa dan laen daripada apa yang disediakan di Kampung Ku.. Harga bagi setiap masakan juga agak murah..

Kali ni aku akan komen  tentang nasi yang aku tempah bersama rakan-rakan aku.. Nasi yang ditempah adalah Nasi Goreng Astro, Nasi Goreng Daging Merah dan Nasi Goreng Biasa Telur Mata.. Dan ingin diberitahu, gerai ini agak terkenal dengan Nasi Goreng Astro nye.. Sedap..

hakim tom yam (5)Nasi Goreng Biasa Telur Mata

Ok.. Aku akan start mengomen dengan Nasi Goreng Biasa Telur Mata dulu.. Nasi goreng ini merupakan antara makanan bajet yang paling feymes satu Malaysia.. Sebab harganya yang agak murah, ianya akan sentiasa menjadi pilihan bagi golongan seperti pelajar terutamanya dan mereka yang kurang ber wang.. Nasi Goreng Biasa Telur Mata ni mempunya rasa yang biasa sahaja, tipikal nasi goreng la.. Ada potongan daging ayam dalam tu, sayur2 dan tambahan2 lain beserta dengan satu telur mata dengan seulas sayur.. Untuk nasi goreng ini, takde apa yang istimew.. Rasanya pun agak kurang.. Kalau nak bajet, sila pilih masakan ini..

hakim tom yam (4)Nasi Goreng Daging Merah

Ini pula adalah Nasi Goreng Daging Merah yang agak popular juga disini.. Rasanya agak juga enak. Nasi dia cukup rasa.. Cuma yang kurang sedikit adalah dagingnya yang sedikit liat. Namun ianya masih lagi boleh diterima untuk dikunyah.. Nasi ini juga harganya tidaklah terlalu mahal.. Sederhana bak kata orang.. Tak salah jikalau anda ingin mencuba makan nasi goreng ini.. Hehehe..

Nasi Goreng Astro

Ini adalah antara menu istimewa restoran ini.. Nasi Goreng Astro WAJIB untuk dicuba bagi mereka yang inginkan kelainan.. Hiasan hidangan ini juga menarik dan mampu menarik perhatian orang yang pertama kali melihatnya.. Nasi goreng ini dihidangkan sekali dengan telur mata kerbau, daging goreng rempah, epal, bawang besar discincang dan tomato.. Bau daging rempah nye sahaja sudah cukup menyelerakan.. Anda boleh menikmati hidangan ini dengan pelbagai cara, samada dengan memakan satu-satu bahan didalam hidangan ini atau dengan menggaulkan semua sekali sekali gus.. Rasanya yang enak pasti akan menyebabkan anda akan datang dan order lagi nasi goreng ini..

Komen:

Harga yang murah dan masakan yang sedap

Menu pelbagai

Gerai berhampiran selekoh, parking kadang-kala susah sikit

Gerai bersebelahan dengan longkang besar, sapa yang geli geleman dinasihatkan cuba bertahan

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

Jurnal Makanan: Kalau aku kata tak sedap, maka memang tak sedap..

Posted in Uncategorized on October 7, 2009 by mkamiltaufique

Hahahaha.. Saja je nak tulis yang ni.. Sebab ada orang kata, kalau review makanan, review je la yang sedap2.. Yang tak sedap, tak payah cerita.. Ooohhh NO NO NO.. Kalau apa benda yang aku makan masa tu, kat gerai tu aku rasa tak sedap, maka aku akan kata tak sedap.. hehehe.. Lagi pun blog ni bukan professional untuk makanan.. Aku saja isi masa lapang.. So, kalau ada salah silap tu, minta maaf la.. Kalau ada benda leh kongsi, kita kongsi.. Hehehhe.. Ciou!!

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

Jurnal Makanan: Kampung Ku (Gelugor)

Posted in Uncategorized on October 7, 2009 by mkamiltaufique

Lepas aku tunjuk kan kat korang restoran mamak, aku bawak pulak korang ke restoran Melayu/Siam yang terletak di Gelugor berhadapan dengan kedai Pensonic.. Ni warung kecil je, tapi tetap mampu menarik perhatian ramai warga Penang.. Hehehehe.. Lebih2 lagi students sebab harga yang boleh tahan murah.. Nama gerai ni adalah Kampung Ku..

kampungku (2)

kampungku (1)

Sapa penah pegi makan kat sini? Cepat angkat tangan.. Hehehehe.. Biasa nye student datang kat sini makan masa malam2 jek.. Maklum la, lepas penat seharian belajar.. Heheheh..  Menu yang disediakan standard masakan siam la.. Tom Yam dengan pelbagai nasi goreng.. Rasa nya boleh tahan la.. Makan pasti habis.. Nak kata sedap sangat tu tak la jugak.. Tapi yang best nye, layanan pekerja nye yang mesra.. Kira ok la, tak sombong..

kampungku (4)

Ni la muka pengambek order.. Hehehe.. Dan gambar bahagian dapur gerai Kampung Ku.. Nampak biasa je.. Hehehe.. Seperti yang aku katakan tadi, ini antara destinasi bajet yang boleh korang tujui.. Takde banyak yang boleh aku komen.. Pilihan makanan agak banyak, dan agak sedap.. Jadi, aku mencadangkan kepada mereka yang berdekatan, boleh la datang ke gerai ini..

Seperti biasa, peringatan untuk pembaca blog ini, SEDAP itu sesuatu yang subjektif dan amat bergantung kepada mereka yang merasanya sendiri.. Jadi, apa tunggu lagi? Segeralah datang ke restoran ini.. Bawa bersama keluarga, rakan dan taulan..

Komen:

Harga yang murah dan masakan yang agak sedap

Cuma berdekatan dengan jalan, so tempat agak sempit dan bising

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

Jurnal Makanan: Nasi Kandar Pelita (cawangan Sg Dua)

Posted in Uncategorized on October 7, 2009 by mkamiltaufique

Ya.. Kita kembali lagi bersama Jurnal Makanan.. Kali ni aku nak bawak korang ke tempat yang agak tipikal, biasa dan selalu sangat orang pergi untuk mendapatkan makanan yang cepat dan sesuai dengan selera masyarakat Malaysia.. Mana lagi kalau bukan Nasi Kandar Pelita .. Hehehe..

Pelita Nasi Kandar (3)

Nasi Kandar Pelita merupakan rantaian restoran nasi kandar yang terbesar di Malaysia.. Cawangannya meliputi satu semenanjung dan diberitahu juga, Nasi Kandar Pelita telah mempunyai cawangan di India (disana restoran ni dalam kategori mewah). Nasi Kandar Pelita telah diasaskan pada 9 Jun 1995 dimana restoran pertamanya adalah di sebelah kedai kopi di Taman Chai Leng, Perai, Pulau Pinang.. Dalam sekelip mata sahaja, restoran tersebut menjadi terkenal sehingga mampu untuk membeli kedai kopi tersebut..

Nasi Kandar Pelita memang terkenal dengan makanan berkonsepkan Malaysia dimana, yang paling menjadi kesukaan ramai adalah kuah campur.

Untuk entry kali ini, aku telah pergi ke restoran Nasi Kandar Pelita cawangan Sungai Dua, Pulau Pinang pada pukul 4 pagi.. Pada pendapat aku, yang sudah selalu melepak di pelbagai kedai nasi kandar, apa yang istimewa tentang Pelita adalah, nasi yang yang mempunyai rasa yang lain daripada yang laen..

Pelita Nasi Kandar

Di Nasi Kandar Pelita terdapat pelbagai menu yang boleh dipilih, daripada nasi campur kepada mee dan roti, semua ada disini.. Cuma nya, bagi aku, harga disini agak mahal.. Dah nak lebih kurang fast food barat..

Pelita Nasi Kandar (1)

Kelihatan mamak itu dengan gigih melayan kerenah aku yang pelbagai disamping mengmbil gambar beliau.. Hahaha.. Dapat dilihat muka kaver hensem beliau disitu..

Untuk menu aku kali ini, aku telah pilih nasi campur ayam goreng campur telur rebus dan kuah campur.. Ini memang menu kegemaran aku la.. Hahaha..

Pelita Nasi Kandar (2)

Yah.. Memang nampak amat menyelerakan.. Kuah campur yang banyak.. Anda semua patut mencuba nya.. Kalau ada duet lebih, boleh pilih lauk lagi banyak.. Saya gerenti sedaaaaaaaaaappp.. Hehehe..

Seperti biasa, peringatan untuk pembaca blog ini, SEDAP itu sesuatu yang subjektif dan amat bergantung kepada mereka yang merasa nya sendiri.. Jadi, apa tunggu lagi? Segerlah datang ke restoran ini.. Bawa bersama keluarga, rakan dan taulan..

Komen:

Nasi:

Pilihan lauk yang banyak

Semakin besar dan ‘rare’ lauk semakin mahal la..

Air:

Ikut pilihan anda

Semakin ‘rare’ air, semakin mahal

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

Jurnal Makanan: Sup Hameed (Penang Road, Pulau Pinang)

Posted in Uncategorized on October 7, 2009 by mkamiltaufique

Kita kembali lagi dengan entry jurnal makanan.. Kali ni aku akan membawa anda semua ke Sup Hameed yang terletak di Penang Road, Pulau Pinang..  Sup Hameed ni agak terkenal juga dikalangan penduduk Penang.. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sering berhibur dan mengunjungi kelab2 disekitar Penang Road ini.. Setelah penat berdansa, mereka kebiasaannya akan kesini untuk menghirup sup yang panas dan terkenal.. Bagaimana pula dengan rasa nya? Akan kita ketahui sebentar lagi.. Sup Hameed Jangan pula anda semua tertipu.. Sup Hameed merupakan sebuah restoran, bukannya menjual sup hanya didalam lori seperti apa yang anda lihat didalam gambar.. Sup Hameed Ini adalah stall dimana mereka membuat sup yang terkenal itu.. Kelihatan dua orang mamak sedang berbincang bagaimana nak meletakkan nama Sup Hameed sebaris dengan Mc Donald diperingkat antarabangsa.. Sebenarnya, di restoran ini terdapat pelbagai juadah yang disediakan, namun, untuk entry kali ini aku hanya fokus kepada dua jenis makanan sahaja, iaitu sup ayam + roti dan nasi lemak.. ok.. untuk harga, harap korang faham la.. Status restoran mamak skrang ni sama dengan KFC, Mc Donald dan sebagainya.. Maka harga mereka akan lebeyh kurang sama (maksudnya, agak mahal la).. Malangnya, kadar kebersihan dan keremahan pekerja merak tidak setanding langsung dengan dua jenama makanan segera yang terkenal itu.. Da melalut la pulak.. Jadi, mari aku sambung semula dengan sup hameed ni.. Kita akan mulakan dengan nasi lemak.. IMG_0638

Untuk nasi lemak Restoran Sup Hameed ini, persembahannya tak menarik langsung bagi aku.. Nampak sangat plain dan biasa.. Kosong.. Sebaiknya diorang meniru cara Restoran Subaidah, bagaimana mereka meletakkan daun pisang sebagai alas pinggan.. Simple, tetapi cantik dan membawa makna.. Takde la nampak macam kedekut sangat.. Dan aku sangat terkejut dengan rasa nya.. Untuk sepinggan nasi lemak yang berharga agak mahal, rasa nya teruk, not even close to sedap (quote from my friend).. Rasa macam tidak berbaloi.. Kuah nya macam takde rasa.. Mungkin masa aku dengan kawan aku makan hari tu, tukang masaknye demam kot.. Tu yang tak sedap tu.. Nasi nye rasa macam tak cukup masak dan x cukup lemak.. Cadangan untuk korang yang datang ke restoran ini, jangan order nasi lemak, kelak korang akan menyesal.. Tapi, aku nak ulang, SEDAP itu subjektif.. Kalau korang rasa sedap, maka, sedap la.. Tapi bagi aku memang tak sedap.. Korang dipersilakan untuk order makanan lain..

Sup sup hameed

Ok.. Sekarang kita akan pergi kepada tarikan utama nya.. SUP.. Ya, sup.. Disini menjual berbagai spesis sup dan bagi penggemar sup, disini boleh dikatakan sebagai syurga sup (ececeh).. Dan untuk entry kali ini, aku akan mencuba sup ayam Sup Hameed + roti.. Ketika aku mendapat hidangan sup ini, aku agak terkejut (ok, untuk edisi jurnal makanan, aku pura2 baru 1st time datang) kerana yang dihidangkan agak cair.. Iya lah, sekali tengok macam sup ayam biasa.. Rasa macam kecewa gak la sebab aku mengharapkan sup yang agak pekat (seperti yang terdapat di Pelita Nasi Kandar) tetapi apa yang aku dapat hanya sup yang cair.. Mungkin ini memang cara dan resipi mereka kot? Ok.. Itu baru rupa fizikal.. Belum rasa nya lagi.. Yum2..

Sekarang masa untuk merasa pula.. Belum sempat sudu masuk dalam mulut, dah tercium aroma sup yang memang sangat best.. Iya.. Sangat best.. Bila di minum pula, rasanya macam menyentap.. Sedap.. Tak tipu.. Takda rasa macam daging yang dah hancur sebab reneh sup lama2.. Yang ada rasa sup + air + ketulan ayam bahagian kepak yang sejati.. Kalau sup di Pelita Nasi Kandar, kita rasa sup tu macam sup yang dah di reneh sangat lama sebab kita dapat rasa daging yang dah hancur.. Rempah yang digunakan juga tidak terlalu kuat dan tidak terlalu kuat, jadi kita boleh hirup laju2 dan hirup puas2 tanpa tergigit bunga lawang ke apa ke.. Memang best..

Da rasa lapar sup? Haa.. Korang semua memang aku galakkan untuk pergi ke Restoran Sup Hameed ni.. Memang marveles.. Hehehe.. Ok.. Seperti biasa, peringatan untuk pembaca blog ini, SEDAP itu sesuatu yang subjektif dan amat bergantung kepada mereka yang merasa nya sendiri.. Jadi, apa tunggu lagi? Segerlah datang ke restoran ini.. Bawa bersama keluarga, rakan dan taulan..

Komen:

Sup:

Sup yang seperti sup, cair dan tidak pekat seperti bubur

Rasa yang istimewa, penuh dengan ketulan ayam bahagian kepak

Enak bila dicicah dengan roti, atau roti itu di masuk kan terus kedalam sup, di gaul dan dimakan

Agak berbaloi dengan harga

Nasi Lemak

Tak sedap untuk harga yang agak mahal

Sila beli makanan lain

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

Jurnal Makanan: Laksa Janggus (Balik Pulau)

Posted in Uncategorized on October 6, 2009 by mkamiltaufique

Ok.. Mulai entry kali ini, aku akan berjalan, merasa, menangkap gambar dan komen tentang tempat2 yang menyediakan resipi makanan2 yang terkenal di Pulau Pinang.. Maklum lah, aku pun da masuk antara semester terakhir kat IPGM kampus Pulau Pinang ni, so apa salahnye kalau aku start berjalan makan angin sambil mencuba makanan2 terkenal kan? Sambil tu, korang pun boleh gak dapat informasi (yang mungkin tak seberapa) tentang restoran2 atau gerai2 makanan yang aku dah cuba..

Jadi, sebagai pembuka kepada edisi pertama slot Jurnal Makanan ini, aku berjalan jauh (tentunya menaiki kereta) ke sebalik Pulau Pinang iaitu di Balik Pulau.. Hehehehe.. Perjalanan yang diambil dari Gelugor berdasarkan kepada aspek2 seperti, [kereta yang dinaiki adalah model Perodua Kelisa, dinaiki 4 orang berbadan agak besar, jalan kearah restoran tersebut yang agak ragu2 (sehingga terpaksa menggunakan GPS) dan membuka air-cond semasa mendaki bukit yg curam] adalah selama 25 minit.. Lama kot!! Hahahaha..

Akhirnya, setelah penat melalui jalan yang curam dan berliku-liku, aku akhirnya sampai ke tempat yang ditujui, Restoran Laksa Janggus..

Restoran Laksa Janggus

Untuk makluman, di restoran ini, mereka hanya menyediakan hidangan laksa dan mee/kueyteow ‘teng’ sahaja.. Maka bagi sesiapa yang mengidam Nasi Goreng Kung Fu dan sebagainya, silalah ke gerai lain..

Gerai ini menggunakan sistem layan diri (boleh kata macam fast food versi Melayu la) dimana pelanggan perlu beratur (diulang, BERATUR) untuk mengambil tempahan laksa.. Laksa yang aku pilih adalah laksa bersaiz besar, tetapi berharga murah.. Cuma RM2 sahaja.. Memang murah.. Dan untuk minuman, aku memilih ais kacang bersama ais krim, berharga RM2 juga.. Memang murah.. Hahhaa..

laksa janggus (6)

IMG_0603

Setelah mendapat laksa tersebut, maka bermulalah sesi makan memakan, tangkap menangkap gambar dan komen mengomen.. Ok.. Kita mula dengan rasa laksa tersebut..

IMG_0606

Untuk laksa, kuah nye memang pekat, menggambarkan bahawa restoran ni tak kedekut ikan semasa proses membuat kuah.. Mee nye pulak cukup tekstur nye.. Boleh kata cukup rasanya.. Tak terlalu pedas dan masam.. Kalau untuk sayur2 nye, standard la untuk sebuah laksa.. Namun bagi aku, untuk dikatakan sebagai yang tersedap di Penang, memang tidak la, tetapi kalau banding kan dari segi harga, laksa ni memang patut dicuba.. Tidak seperti gerai2 lain dimana kuahnya cair dan tidak mempunyai rasa yang cukup.. Disediakan sekali adalah penambah perisa seperti kicap, petis udang dan cili giling..

Untuk ais kacang pula, rasa nya biasa saja, umpama kita meminta ais kacang kurang manis.. Cuma bezanya, kita mendapat satu skup ais krim yang diletakkan di atas ais kacang tersebut.. Untuk harga yang hanya RM2, ais kacang ini boleh dikira murah..

kuey teow 'teng'

Kemudian, kita akan merasa menu kedua pula, iaitu kuey teow ‘teng’.. Aku pun tak tau kenapa nama nya begitu, jangan ditanya dong.. Harganya RM2.50.. Ya.. Mahal 0.50 sen dari laksa.. Menu ini mengandungi kuey teow (mesti la, nama pun kuey teow ‘teng’), beberapa ketul fish ball, fish fillet dan hirisan daging ayam.. Disediakan juga, pes cili giling yang x pedas langsung (aku rasa minyak je yang banyak).. Kuah nya rasa biasa saja, rasa sangat kosong.. Bagi pelanggan yang mahukan kuah yang sedikit ‘umphh’, boleh la menambah cili yang disediakan..

Akhir sekali, pendapat aku, peminat-peminat laksa sekalian harus mencuba laksa di restoran ini.. Tidak lah terlalu jauh sebenarnya kalau diambil kira dari Gelugor.. Menu yang sedap, suasana kedai nya yang tenang tetapi sentiasa penuh dengan pelanggan dan kedudukannya yang jauh dari hiruk pikuk kenderaan  pasti akan menggamit mereka yang pertama kali datang kesini, untuk datang kembali dikedai ini.. Dan pesanan untuk semua, sudah pasti, segala komen diatas hanyalah berdasarkan pandangan peribadi penulis dan beberapa rakan penulis yang lain.. SEDAP itu sesuatu yang subjektif dan amat bergantung kepada mereka yang merasa nya sendiri.. Jadi, apa tunggu lagi? Segerlah datang ke restoran ini.. Bawa bersama keluarga, rakan dan taulan..

Komen:

Laksa:

Rasa kuah yang pekat dan tak kedekut ikan masa membuat kuah

Mee yang cukup tekstur nya dan tak menyebabkan orang muak

Pilihan bahan penyedap rasa agak banyak (kicap, cili giling dengan petis udang)

Kuey Teow ‘Teng’:

Rasa yang agak tawar untuk kuah (bila da campur penambah perisa, baru ada rasa sket)

Kuey Teow nye macam terlalu lembut (boleh menyebabkan muak)

Tak beberapa sedap berbanding laksa

Ais Kacang:

Standard ais kacang yang biasa, cuma murah sebab RM2 je dapat satu skup ais krim

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

Bila sudah ajal…

Posted in Uncategorized on July 7, 2009 by mkamiltaufique

Ok.. Dah lama dah sebenarnye aku x menulis kat blog neyh.. bukannye apa, banyak benda yang aku rasa lebih penting untuk aku buat daripada menulis untuk blog ni.. Sebenarnye. untuk kali ini, aku nak cerita tentang kematian.. Ya.. Sesungguhnya, setiap yang hidup itu pasti akan mati.. Tapi, adakah kita sudah sedar? Cerita yang aku ingin ceritakan ini mungkin kisah lama, tetapi, sebagai mengenang beliau, aku ingin menulis nya disini..

Tanggal 4 Jun 2009, aku menerima berita kematian sepupu ku yang rapat.. Beliau meninggal dunia akibat kemalangan yang dipercayai akibat dipandu laju.. Beliau yang ketika itu duduk di tempat penumpang hadapan, telah mengalami kecederaan yang parah, telah menghembuskan nafas yang terakhir ditempat kejadian.. Kenderaan yang dinaiki telah terbabas dan merempuh dua batang pokok sebelum terbalik..

Dikhabarkan juga, sebelum kejadian, arwah telah menunjukkan beberapa sifat yang pelik.. Arwah dikatakan telah menyelimutkan semua barangan beliau sebelum kejadian tersebut.. Ketika malam sebelum kejadian, arwah juga tidak mahu menggunakan gitar beliau dengan alasan, beliau sudah tidak mahu menggunakan gitar itu lagi.. Arwah juga tidak mahu membawa kereta beliau dengan alasan yang sama, iaitu, arwah sudah tidak ingin menggunakan kereta itu lagi..

Arwah merupakan seorang yang happy go lucky, tetapi tegas.. Arwah berbadan tegap dan berperwatakan ganas.. Aku memang tidak akan dapat melupakan kenangan bersama beliau, terutama, kali terakhir berkaraoke bersama beliau di Sabah pada tahun lepas..

Aku mendoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat, dan diletakkan bersama roh orang2 yang beriman.. Semoga rakan2 beliau, mengampunkan segala dosa2 beliau dan halalkan segala makan minum beliau..

Yang pergi, biarkan pergi.. Kita yang masih hidup harus teruskan perjuangan.. Kita juga harus insaf dengan kematian.. Pengalaman menyaksikan jasad arwah ditanam didepan mata, ternyata menginsafkan aku.. Semoga aku terus berada dijalan yang benar dan diredhai Allah.. InsyaAllah, aku juga sudah insaf dan akan terus istiqamah dengan keinsafan ini..

Belasungkawa;

Allahyarham Zuhair @ Wey @ Perut

wey


Al-Fatihah……….

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

Rokok yang paling kOrang gemar??

Posted in Uncategorized on April 29, 2009 by mkamiltaufique

Hahaha.. Entry neyh mesti antara entry yang paling GADIS2 (gadis ke? wakakaka) tak suka.. Aku buat entry ni saja untuk menghargai rokok yang sentiasa menemani aku sepanjang masa selama beberapa tahun.. Hahaha.. Rokok apakah itu?? Jawapanya adalah…

-WinstOn-

winston_phallicYeah.. WinstOn.. Gambar di atas adalah gambar iklan masa taun bile tah..

dsc05766Arghh!! Shit!! Napa lah gambar neyh yang aku dapat?? Nak isap rOkok tengah2 malam pun cuak.. Hahahaha.. Tah baby sapa la dia pi kutip neyh..

WinstOn.. Peneman ku sepanjang masa.. Sebagai menghargai kamu, sedikit info tentang kamu..

Rokok WinstOn neyh dihasilkan oleh R.J. ReynOlds Tobacco Company atau nama baru nye RJR Nabisco.. WinstOn diperkenalkan pada tahun 195 dan terus menjadi best-selling brand untuk rOkok kat Amerika Syarikat.

WinstOn menduduki tangga pertama dari tahun 1966-1972.. Ini mungkin kerana slOgan WinstOn pada masa tuh, “WinstOn tastes gOod like a cigarette shOuld” (any grammarian??).. Dalam survey tahun 2005, WinstOn menduduki tangga ke enam dalam nilai pasaran..

Yeah.. Dalam batch aku pulak, aku antara pelOpor rOkok WinstOn, sebelum diikuti oleh rakan2 aku yang laen (diOrang prefer WinstOn Light).. Bagi aku, rOkok WinstOn neyh rasa dia special.. Aku terus terang cakap, memang tak bOleh blah dengan rOkok2 laen, lagi2 rOkok2 sejuk dan manis (SampOerna dengan Gudang Garam).. Bukan aku nak berlagak, tapi setelah 4 TAHUN aku hisap WinstOn, aku dapat rasa, ini lah rOkok yang paling sedap..

Nak cakap apa lagi ek? Cuma bengang sket sebab kerajaan mencetak plak gambar2 yang menyeramkan kat kotak tuh.. Aduhhh.. Buat apa la nak letak gambar macam tu? Menyakitkan hati jek.. Ish3.. Tak payah letak la..

Kempen Tak Nak MerOkok?? Hahahaha.. Sori lah beb.. Sebab aku memang takkan berhenti merOkok.. Kami ADALAH PENYUMBANG TERBESAR CUKAI UNTUK KERAJAAN.. Wakakaka..

P/S: Mintak maaf untuk para gadis, kami sebagai perOkok bersatu hati untuk tidak berhenti merOkok hanya kerana kau.. Wakakakaka..

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com